Saturday 14 July 2012

kenervous-an ku ada manisnya

assalamualaikum..

first sekali, TAHNIAH buat semua yang berjaya dapat tawaran futher study dekat ipta. that was sooo awesome bukan ?

sangat...

perasaannya macam tak jadi nak dinikahkan dengan someone yang memang kita tannnakkkk. LEGA dan BERSYUKUR. wah ! melankoliknya.

tapi sebelum terjadinya hari ini, i'm sure semua pun rasa nervous yang amat sampai tidur pun tak lena, makan pun tak lalu tapi mandi tu tetap basah la kan. ker tak ??

and i've my own 'kegilaan' dan 'ketawadukkan'.

get it ? ok fine..

sebelum hari ini, which seminggu before aku tak rasa pun dup dap dup dap debaran nak tau result upu ni. tapi...

3-4 hari sebelum result d umumkan, my bff a.k.a makcik kar or nak famous sikit panggil cik teyna texting me told about something yang 'mengcuriouskan' pasal outcoming result yang dia bakal dapat setelah mendapat nasihat dari seorang kaunselor ni based on her result.

so, cik teyna ni pelik la, macam betul je orang ni. tau-tau la pulak. macam yakin je bagitau. so, aku pun macam betul je la percaya kan. dan aku sangat percaya sebenarnya. so cik teyna pun sarankan la aku menambah kawan dengan kaunselor ni. dia pun baik hati senanyerrrrrr sebab siap tanya "ada apa-apa bole saya bantu ??" dan aku pun jual mahal kata "nuu, saya just curious". padahal.... haha !

so, bincang punya bincang. actually borak-punya borak. he told me like this "maybe sabah akan pilih kamu, doa banyak-banyak" ........... "kamu tak mohon ekonomi ums labuan, confirm kamu dapat". sesungguhnya ayat ini sungguh meluluhkan hati gua. dah terang tapi tak bersuluh aku mengintrepritasikan bahawa kenyataan ini ingin memberitahu aku tak dapat. :( kannn.

so, depan laptop tu jugak aku nangis. sedeh tau !

lepas tu, aku terus tutup laptop, lari pigi solat since belum solat zohor lagi. masa solat, air mata nih macam tanak berhenti mengalir. sedih sangat kot. dah menggunung harapan tapi ada orang yang expert pun aspect macam tu even final result belum keluar lagi. time ni mood sedar diri dengan result yang takda la cemerlang sangat tu memang sangat memuncak.

oleh yang demikian,
lepas solat zohor terus buat solat hajat. hari tu ntah berapa kali kot buat solat hajat. mintak Allah tempatkan aku dengan orang-orang yang terpilih. hati ni sangat-sangat mengharap. so, time tu ingat mintak ! mintak ! mintak ! sesungguhnya doa itu kan senjata orang mukmin. nampak tak betapa besarnya doa was meant of sehingga ia diperumpamakan sebagai senjata. senjata tu der.

then, sehari dua hari before result ni keluar memang tak boleh nak duk diam la. duk tengok tv,  tak leh fokus. masuk tandas ingat benda ni. macam benda ni dah jadi bayang-bayang. bersamakuuuuuu.... lalalala...

mak yang nampak kegundahanku, asyik tanya "kenapa nih ?" dan aku pun dengan hensemnya jawablah jawapan retis "takda lah, sakit perut". hu ur, sakit perut lah sangat kan astie raina.

bukan niat tanak bagitau mak yang kelmarin tu result upu akan keluar even mak dah banyak kali tanya. you know me, (even you do not know me, buat-buat tau je la ok) tak suka nak bagi orang kecewa. lebih-lebih parents aku sendiri. bayangkanlah kalau aku bagitau dan aku dapat tau yang aku tak dapat, sure mak sedih even mak tak tunjuk. i knew my mom. 

so bila hari jumaat dah tiba, <----- kemain ayat !
bangun-bangun je tidur, zaappppp ! result upu .

nampak tak macam mana result upu yang bakal keluar ni menghantui diriku ?

gugup jangan cakap la, kepala dah fikir dah nak buat apa nih kalau aku tak dapat any offer dari upu ? berniaga ? kerja ? ker kahwin ? ok, path kahwin tu x terfikir. 

phone siap off  lagi sebab tanak dapat gangguan dari mana-mana pihak yang boleh menyebabkan aku akan jatuh pengsan. persediaan awal tu babe. tapi sebenarnya memang bateri tengah kong, so kena la charge kan. macam tau-tau je phone ku ni. sentiasa bagi kerjasama. iloike !

so, jam da pukul 12 tengahari, mulut dah habis dah tekumat kamit. ntah apa je yang aku cakapkan time tu. terapi menenangkan diri kot. bila kita tengah gugup, kita ni kekadang jadi luar biasa sikit. and that's was happened to me.

even dah waktunya anda valid untuk check result, aku still buat tak tau lagi. siap layan wanita hari ini lagi. sebab macam best je topik dia. aku kalau pasal hal rumahtangga ni tertarik lebih sikit. kalah orang yang dah ada anak 3 kannnn.

dah tu, sempat solat zohor dulu. mintak-mintak dibagi kekuatan untuk terima apa pun keputusan yang akan aku terima kan. redha !

so, dang ! dah pukul 1 tengahari. lebih sikit kot.
masanya untuk aku membuka laptop free ku ni. tanganku kemain ketaq. jari-jari ni.. toksah nak cakap. hati nih masih dua hati lagi. nak check ker tanak. nak check ker tanak. tapi nak tanak, akan  tahu jugak kan biar 5 hari dari semalam. so aku pun dengan tegarnya masuklah laman web upu.

try masuk untuk percubaan pertama, gagal ! fuhhh , tambah nervous.

try lagi, ok loading...

then, 30 saat kemudian...
TAHNIAH ! anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
ijazah sarjana muda perniagaan (kepujian) (perniagaan antarabangsa).

tegamam sekejap. macam tak percaya pun ada. mulut dah tak berhenti ucap syukur dekat ALLAH.

benda pertama aku buat ialah buka phone. haha ! pun boleh kannn. patutnya sujud syukur. apa daaaaa. then bila buka phone, berpulun-pulun mesej masuk. and guess what mesej siapa yang memenuhi inbox phoneku ? sure la datin teyna. hahaha. dan mesej terakhir yang dia hantar buat aku gelak habis. 

"ceng, mana bah kau ni ? bertakafur ka ? orang nak story mori dengan dia. adoi ! lama jugak kau off hp tu. dapat jugak bah. jau lagi kau dapat di perlis sana."

see, macam dia tau-tau je aku mo mengelak dari memikir benda-benda ni sebelum aku dapat tau sendiri kan. tapi yang adoooo. sebab classmate yang lain rupanya dah check awal dalam pukul 9-10 pagi. how can ??? aku yang tak boleh nak tenang sebab tunggu sampai pukul 12, rupanya....

again, sebab cik teyna sorang ni tak dapat nak call aku. dia call mak aku. menyesal bagi no phone mak. haha. atas tujuan nak cari aku, nak cakap dengan aku. tapi malang sungguh tak berbau, mak tengah merewang dekat rumah jiran. aku duk rumah sorang. so still tak dapat nak cakap. so maknanya benda yang sepatutnya dia bagitau aku, mak aku yang tau dulu. 

terkejut mak aku sebab takda angin, takda ribut rupanya result upu dah keluar. bertuahnya anak mak. hehehe. plus, mak aku lagi terkejut sebab aku dapat nun jauh di utara sana. sangat jauhhhhhhhh yer.

so, bila buka fb.. alhamdulillah kawan-kawan yang lain pun berkongsi berita gembira yang sama. happy for u'olls too. huugggsssssss !

tapi ada segelintir kawan yang mungkin belum rezeki untuk first offer ni. so jangan putus asa ya. Allah is most fair. buat solat hajat. mintak kat DIA. siapa tahu, lepas ni rezeki untuk korang pulak. wish you all the best :)

actually nak bagitau sebenarnya hanya Allah lah tempat terbaik untuk kita mengadu. DIA maha kuasa, maha halus dan maha teliti. DIA tahu apa yang ada  dalam hati kita. jikalau pun DIA tidak memberikan apa yang kita inginkan, percayalah sesungguhnya ada perancangan yang lebih baik untuk kita. plus, percaya pada kuasa DOA'.

last but not least, congrates guys..



menuju puncak, impian dihati, bersama janji, azam sejati, pasti berjaya di universiti kelak. ahakkkksss !




oh lupa !
mucas grasias, baramin salamat pok kepada en kaunselor atas nasihat and everything. you're the ohsem.

































No comments:

Post a Comment

meh sini kita duk komen-komen jap ^_^"